! Khasiat Pokok Kucing Galak!

Ia berkhasiat pada kucing malah pada manusia juga

Pokok ini ialah Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica)  ada 4 jenis khasiat iaitu memyembuhkan penyakit kulit,ulser mulut dan tenaga batin serta menambahkan kekuatan badan.Pokok ini tumbuh meliar di sekitar negara kita.khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.

Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;

1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).

2. Bersihkannya terlebih dulu.

3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.

Dan sesiapa yang mempunyai penyakit seperti ini bolehlah ikut seperti berikut:

Ulser Mulut

Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.

Amalkan sehingga anda sembuh.

Penyakit Kulit

Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.

Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat

Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.




Pokok ini telah matang dan menghasilkan biji
yang lembut dan  akan meletus dengan sendirinya..

Pucuk pokok kucing galak

Comments

Mr. Doctor said…
Oo ni pokok yg bnyk tumbuh liar tu kan.. Ada jugak khasiatnya.. Slalu kutip bg mkn rabbit ja..huhu
pokok ni mudah hidup dalam pasu bunga, saya buang saja sebab tak tahu khasiatnya, lepas ni insya allah saya akan tanam dengan elok dan baja kan supaya bercambah dgn banyak. saya akan cuba try rebus dan tengok apakah benar ianya betul2 dapat mengubat penyakit yg saya hadapi.

Popular Posts