Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Jahit Baju Peplum Kurung Sendiri

Design Baju Peplum Kurung  Kain satin shimmery gold ni dah beli kat jakel dari tahun lepas..terperap dalam beg plastik tu😂beli nak dekat 10meter bidang 60".nak buat untuk raya haji 2018 nak buat sedondon la konon..tup tup tak jadi sebab mak busy dengan menjahit baju costumer..yang kita hanya reti jahit baju perempuan sahaja.adik beradik saya dua dua laki.Bila raya depa pakai baju biasa je la..laki tak apa sebab bila dah tengahari baju dah lesap sangkot kat tengkok😬penat mak kita jahit untuk family.😤itu yang malas nak jahit baju melayu.. Pikir punya pikir terhasilah dress peplum yang cantik.Design dia peplum dibahgian waistline,dipotong 360¤.Masa nak buat pola(pattern),bahagian peplum tu kita guna formula radius.Ala matematik time sekolah dulu bab bulatan. Bawah peplum tu ada satu layer macam baju kurung biasa tapi kami cantum sekali dengan peplum,lepas tu baru cantum bahagian atas pinggang.Kiranya ada satu layer peplum satu lagi bukan peplum.