Skip to main content

Jahit Baju Peplum Kurung Sendiri

Design Baju Peplum Kurung 

Kain satin shimmery gold ni dah beli kat jakel dari tahun lepas..terperap dalam beg plastik tu😂beli nak dekat 10meter bidang 60".nak buat untuk raya haji 2018 nak buat sedondon la konon..tup tup tak jadi sebab mak busy dengan menjahit baju costumer..yang kita hanya reti jahit baju perempuan sahaja.adik beradik saya dua dua laki.Bila raya depa pakai baju biasa je la..laki tak apa sebab bila dah tengahari baju dah lesap sangkot kat tengkok😬penat mak kita jahit untuk family.😤itu yang malas nak jahit baju melayu..

Pikir punya pikir terhasilah dress peplum yang cantik.Design dia peplum dibahgian waistline,dipotong 360¤.Masa nak buat pola(pattern),bahagian peplum tu kita guna formula radius.Ala matematik time sekolah dulu bab bulatan. Bawah peplum tu ada satu layer macam baju kurung biasa tapi kami cantum sekali dengan peplum,lepas tu baru cantum bahagian atas pinggang.Kiranya ada satu layer peplum satu lagi bukan peplum.





Peplum ni kami buat ukuran pendek,jadi lapisan bahagian bawah kiranya protection daripada tiupan angin..bayangan kalau xdak layer bawah..nanti orang nampak la perut ang yang makin memboroi tu kalau ditiup angin!Tak ke naya tu😣Kain pulak saya buat pinggang getah and kain kembang duyung.Bahagian hujung kain(hemming) saya letak horsebraid tape.Yang ni macam pengeras pingang tapi rupa dia lain sikit..dia berjaring jaring dan potongan tape tu bias(potong serong)kalau pergi kedai barang jahit nanti try tanya salerwoman.Nanti lepas jahit kain tu jadi beralun alun kepok kepok gitu ha..

                           

Angan angan nak letak la batu batu yang boleh iron terus lekat,tapi malangnya tak melekat pulak atas kain..bila angkat kain tu,berjurai jurai batu tu jatuh tak melekat weii..😢Last solution buat bunga 3D terus😆
Dan aku baru jumpa youtube channel yang sedang cuba untuk improve so
ni link 
https://www.youtube.com/channel/UCBIj7P-GLAEhltMOXTQy28Q
Bunga 3D

Comments

Popular posts from this blog

5 Tips Berkesan untuk Suara Merdu

"Isabela ada..la..ah.. *_* apahal dengan suara aku ni..tersekat-sekat macam tape rosak je.." Pernah tak masa dok sedap-sedap menyanyi kuat-kuat kat rumah macam ala-ala penyanyi Search tetiba jadi macam kat atas? Mesti malu giler kot..  Tapi tak ada masalah...Try salah satu tips ni kat rumah konfem suara jadi macam Amy Search..haha.. 1. Bangun pagi,makan madu sebelum gosok gigi. 2.Banyak minum air suam atau air mineral. 3.Elakan makan makanan pedas kalau feveret food makan sekali sekala. 4.Minum asam jawa buatan sendiri. 5.Minum air limau nipis Gambar Hiasan Resepi Air limau -Bahan-bahan- 1. Anda sediakan dua biji  limau nipis . 2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian. 3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan. 4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi. 5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli. 6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis. Anda b

Tips dan Ciri Bentuk Badan HOUR GLASS

Assalamualaikum...malam ni sambungan bentuk badan JAM PASIR.Perasan tak,jam pasir bentuknya macam melengkung sama rata dan kecil moleh di bahagian tengah..Ha..macam tu lah bentuk badan Anda!Untung la siapa yang ada bentuk macam ni! Ciri2: Lebar dada dan pinggul yang seimbang Garis pinggang yang kecil Kaki tegap DO *Pilih skirt potongan lurus *Dress labuh tak menonjolkan pinggang juga menarik *Seluar atau skirt yang ada perincian seperti pleated

Resepi Kuih Loyang

Assalamualaikum..Kuih loyang  ni setengah negeri panggil kuih goyang,kalau di Kelantan kuih sarang tebuan..tapi rasa dengan rupa adalah sama.Ada yang bentuk acuan bercorak bunga yang complicated ,ada yang bentuk simple dan halus. Bahan kuih ni tak banyak tapi kita kena ada kesabaran yang tinggi lah sebab ia memakan masa.Kalau kat rumah hujung minggu memang Shima akan buat untuk family.Satu balang paling besar dapat dalam 75biji bergantung pada saiz acuan tu. Resepi Kuih Loyang   1 cawan tepung beras                                    1/2 cawan tepung gandum 1  1/2  cawan santan fresh 1/2 cawan gula halus 1 biji telur (suhu bilik) 1 hujung sudu kecil kapur makan  1/2 sudu garam 1.Campur gula bersama telur pukul hingga kembang.ayak kedua dua tepung.masukkan garam dan kapur makan.batter tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.macam kita bancuh milo pekat. Api jangan terlalu panas sebab nanti permukaan kuih loyang jadi MENGERUTU DAN TAK LICIN. Selepas minyak dituang kedlm pe