5 Tips berkesan untuk memutihkan gigi

Hari ini nak bagi tip yang lain pula. Tip untuk memutihkan gigi. ^_*

Hai...nak berkenalan boleh? ;D



ARANG
Tumbuk arang tu sampai jadi halus,lepas tu setiap pagi ambik arang yang jadi halus tu gosok dekat gigi 2-3minit.Korang jangan plak ingat gosok dengan arang nih pakai arang besar gedabak kat atas tu terus ke gigi.Kalau buat macam tu alamak rabak la mulut korang.
p/s: *_* tips ni  memang nak buat tapi selalu mual..
BIJI ASAM JAWA
Selalunya kita dengar air asam jawa untuk bagi suara kita merdu tapi selain daripada tu boleh memutihkan gigi.Goreng beberapa biji asam jawa ni tanpa menggunakan minyak,bila dah hampir hitam tutup api dan biarkan biji asam jawa tu sejuk.Lepas tu tumbuk sampai jadi halus dan gunakan macam arang tadi.Pesanan dari penaja korang jangan la rasa geram nak telan plak biji asam jawa ni kan dapat penyakit lain pulak.
Kulit limau
Gosok gigi korang dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau.Kulit limau ni mengandungi unsur pemutih gigi.Lepas ni tak de lah membazir kulit limau tu.Biasa makan isi je sekarang ni dengan kulit-kulit kita guna,barulah tak membazir.Membazirkan amalan syaitan. p/s:buat macam cerita hagemaru..Selain tu,kalau pening kepala boleh bau buah limau.

Daun Kari

First time terjumpa tips macam ni masa cari kat google.Berkesan pulak tu.Ambil enam helai daun kari nih ye,korang janganlah plak ambik sepokok terus semata-mata nak cepat berkesan,lepas tu korang jemur enam helai daun kari tadi bawah matahari sehingga kering dan rangup,bukan bawah cahaya lampu,ok..lepas tu tambah kulit limau serbuk secukup rasa dan gosok campuran ni ke gigi setiap hari.
Strawberry

Yummy..Pergi Cameron Highland selalu beli strawberry.Buah ni ada banyak khasiat,bukan sekadar berwarna merah untuk menarik perhatian untuk dimakan.Strawberry ni elok untuk kesihatan gigi walaupun rasanya manis.Tapi kalau makan rasa masam tu nasib laa yer..Buah ni dapat membantu untuk menghilangkan karat-karat gigi korang tu..

Comments

ohhh..baru tahu :D pilih kulit orange n strawberi la..yg lain geli xD
ohhh..baru tahu :D pilih kulit orange n strawberi la..yg lain geli xD
haha..yup :)..limau rasa masam sikit and strawberry rasa sweet sgt2..tapi yang lain jgn tanya la..kelat rasanya kot.. :D
fadz said…
err.. mcm mna kalau tertelan arang 2?.. selamat ker?..
selamat...serbuk arang tu letak(sapu) sedikit atas jari and gosok macam kita gosok gigi..tapi jangan pulak sapu kat berus gigi.. :)
p/S: ia cuma serbuk je..lagi pon kat penapis air ada arang jugak utk tapis air.. :)

Popular Posts