Sarapan pagi penting untuk memberi kan kita tenaga sebab kalau ada tenaga senang kita buat kerja.
Kebetulan hari ni kat rumah ada pisang yang dah nak masak.Jadi akak buat Pisang rebus Kelapa parut pagi kelmarin.Yang ni selalunya orang lama lama yang pernah makan.sekarang jarang orang tau makanan ni.
Bahan-bahan
Sesikat pisang
Setengah sudu garam
Kelapa parut
Kaedah
1. Rebus pisang sehingga lembut.Potong pisang nipis-nipis dalam setengah inci masukan kedalam pingan atau mangkuk.
2.Guna 1/2 biji kelapa.Parutkan setakat yang warna putih.Hitam jangan sebab jadi x sedap.Ataupun beli saja isi parut kelapa tu.Masukan kelapa parut ke dalam pingan yang sama dan taburkan garam diatasnya dan gaul sebati.
3. Siap untuk dimakan.
Comments