Histeria boleh berlaku di mana-mana sahaja.. |
Assalamualaikum semua..sebenarnya dah lama nak kongsikan satu cerita kepada korang semua tapi tak sempat sebab Black sibuk dengan pertandingan Sains di sekolah penyediaan ni mengambil 4 bulan nak siapkan..pasal pertandingan tu nanti Black akan ceritakan..mungkin cerita yang akan diceritakan sebentar lagi menjadi iktibar kepada semua orang... Mutakhir ini,sekolah Black dilanda histeria secara "besar-besaran".. kejadian ni terjadi pada hari Selasa 10 minit sebelum balik..mula2 terjadi di belakang class Black iaitu 5 Bestari..masa tu 4 Bestari iaitu class Black tengah belajar addmath tiba-tiba kami terdengar riuh rendah kat tepi tingkap koridor orang dok baca ayat kursi kat sorang pengawas perempuan yang tengah menangis.cikgu tanya apa yang berlaku and mereka kata dia keluar dari class secara tiba-tiba sambil menangis..budak tu kata dia nampak lembaga hitam di hadapan class dan keluar dr class sebab takut. Itu baru sikit Black cerita esok plak lagi teruk..pagi2 after assembly budak perempuan class 4 wawasan kalau tak silap 5 orang kena histeria dan mereka tak sedar apa yang mereka buat masa tu..last2 "benda tu" merebak ke blok yang lain.. masa tu Black tengah belajar Fizik and pengetua buat pengumuman semua pelajar menengah rendah berkumpul di dewan terbuka dan menengah atas berkumpul di surau.. kami semua pakat2 keluar dan berkumpul seperti diarahkan.
Masa kami belum rehat lagi and perut dah berlagu..last2 cikgu kata semua pelajar rehat sebentar lepas tamat rehat sila berkumpul di tempah yang ditetapkan.Walaupun masa tu rehat, kami satu sekolah jadi cemas sebab tak pernah jadi kes histeria seteruk macam ni.Kami semua dengar ramai pelajar menjerit2,ada berlari dengan suara ketakutan and terus rempuh pintu bilik kaunseling "Kedengang!!" kuat jugak bunyi pintu yang dia langgar..dah la masa tu Black ngan kawan2 berada betul2 tepi budak yang langgar pintu..lebih kurang jarak 3 meter..pucat lesi muka kami..after tamat rehat kami...terus berkumpul di surau and after cari tempat duduk and masa tu Black lihat dengan sekilas pandang sorang budak perempuan yang duduk di sebelah kawan Black muka dia pucat macam ada nampak "benda"..Black dpt rase dia yang akan menjerit histeria sbb nampak benda tu..Black tak nampak apa yang budak tu nampak..tapi Black dapat kebolehan yang di kurniakan oleh Allah..Black boleh rasa benda tu ada kat mana tapi tak boleh nampak..masa baca selawat tu barulah dia menjerit dgn kuat..Black terkejut dan menangis semahu-mahunya..Black terus terkumat-kamit baca selawat..and entah kenapa Black jadi tak tahan sangat dengan orang sekeliling dok baca selawat last2 Black tutup telinga rapat2..Black tahu benda tu try tutup telinga untuk tak mahu Black dengar tapi Black boleh lagi baca selawat sekerap yang mungkin and...
BERSAMBUNG..
Pesanan:
"INI ADALAH KISAH BENAR BUKAN REKAAN SEMATA-MATA DAN BUKAN UNTUK BERBANGGA TAPI UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR BUAT KITA SEMUA"
Comments