Skip to main content

Akibat Tak Dengar Pesanan Orang tua-tua

Hurm..terkenang pulak masa kecik-kecik dulu..memang aku seorang yang memang tak dengar pesan orang tua-tua..BUKAN tak dengar nasihat mak ayah aku OK..cuma tak dengar pesanan orang dulu-dulu.. 

   KISAH 1


Masa tu aku kayuh basikal sorang-sorang kat depan rumah opah...terus buat aksi  lepas tangan and kayuh laju-laju..dekat rumah opah ada penyedai kain yang diperbuat dari tali..kononnya nak lalu kat bawah penyidai la..aku dengar orang tua-tua cakap "jangan lalu bawah penyidai tak elok" aku peduli apa dengan semua tu...ingatkan lepas..tup-tup masa nak tunduk memang tak kan lepas sebab penyidai tu bawah paras leher aku..mampus aku!dah la brek tangan takde..last-last..GEDEBUK! ARGHHH..sakit bukan main lagi..nak TERCEKIK AKU!nasib baik tak cedera and takde sapa nampak..kalau tau kena memang kena marah..

KISAH 2

Aku ajak Aishah kutip batu sungai kat rumah moyang nak main batu seremban..dia pun setuju..waktu tu dah nak magrib..kami bukan jenis penakut..kami pon dengan senang hati pergi la berjalan..dua-dua belah jalan hutan tebal..banyak pokok-pokok besar..aku baru je nak bukak mulut nak sembang.. tiba-tiba Aishah berhenti..dia terkejut..wajah dia pucat..aku tanya dia ok ke tak? dengan tergagap-gagap dia jerit HANTU! dia terus LARI! aku pusing depan aku ternampak lembaga hitam badan tinggi..benda tu tengah tunggu kat tepi busut besar..aku apa lagi..cabut lari la...tak pusing belakang langsung..lepas sampai kat rumah opah..terus bagi tau kat opah Yong..dia kata "Ha..main lagi sampai maghrib..kan dah nampak benda tu.." HURGHH..tobat aku tak mau main lagi sampai waktu maghrib!

KISAH 3



Masa tu aku tolong maksu memasak..dia suruh aku buang tangkai cabai burung tu... dia kata pakai dengan   gunting tapi aku tak nak..aku kata kalau tak guna gunting pon takpe..aku pun terus buang ngan tangan..

20 MINIT KEMUDIAN...

ARGHHH!! PANAS GILER...tangan aku dah rasa macam nak terbakar..Sakit bukan kepalang..aku dok ulang alik dari bilik air untuk sejuk kan tangan aku..maksu aku gelak kat aku.." Itu la..tak dengar lagi pesan orang tua-tua..kalau guna air pon tak kan hilang Shima oii" muka aku dah macam nak menangis.last-last dia sapu garam kat tangan aku..Fuhh..lega jugak..

Adik-adik lain kali dengar pesan orang tua-tua tau..jangan jadi macam akak ye..


Comments

Mr. Doctor said…
Hmm skali dah nampak memang sampai mati la ingat... main lagi time maghrib..
ShimaSalim said…
:) mmg sampai la ni bleh ingat scene hari tu..

Popular posts from this blog

5 Tips Berkesan untuk Suara Merdu

"Isabela ada..la..ah.. *_* apahal dengan suara aku ni..tersekat-sekat macam tape rosak je.." Pernah tak masa dok sedap-sedap menyanyi kuat-kuat kat rumah macam ala-ala penyanyi Search tetiba jadi macam kat atas? Mesti malu giler kot..  Tapi tak ada masalah...Try salah satu tips ni kat rumah konfem suara jadi macam Amy Search..haha.. 1. Bangun pagi,makan madu sebelum gosok gigi. 2.Banyak minum air suam atau air mineral. 3.Elakan makan makanan pedas kalau feveret food makan sekali sekala. 4.Minum asam jawa buatan sendiri. 5.Minum air limau nipis Gambar Hiasan Resepi Air limau -Bahan-bahan- 1. Anda sediakan dua biji  limau nipis . 2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian. 3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan. 4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi. 5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli. 6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis. Anda b

Tips dan Ciri Bentuk Badan HOUR GLASS

Assalamualaikum...malam ni sambungan bentuk badan JAM PASIR.Perasan tak,jam pasir bentuknya macam melengkung sama rata dan kecil moleh di bahagian tengah..Ha..macam tu lah bentuk badan Anda!Untung la siapa yang ada bentuk macam ni! Ciri2: Lebar dada dan pinggul yang seimbang Garis pinggang yang kecil Kaki tegap DO *Pilih skirt potongan lurus *Dress labuh tak menonjolkan pinggang juga menarik *Seluar atau skirt yang ada perincian seperti pleated

Resepi Kuih Loyang

Assalamualaikum..Kuih loyang  ni setengah negeri panggil kuih goyang,kalau di Kelantan kuih sarang tebuan..tapi rasa dengan rupa adalah sama.Ada yang bentuk acuan bercorak bunga yang complicated ,ada yang bentuk simple dan halus. Bahan kuih ni tak banyak tapi kita kena ada kesabaran yang tinggi lah sebab ia memakan masa.Kalau kat rumah hujung minggu memang Shima akan buat untuk family.Satu balang paling besar dapat dalam 75biji bergantung pada saiz acuan tu. Resepi Kuih Loyang   1 cawan tepung beras                                    1/2 cawan tepung gandum 1  1/2  cawan santan fresh 1/2 cawan gula halus 1 biji telur (suhu bilik) 1 hujung sudu kecil kapur makan  1/2 sudu garam 1.Campur gula bersama telur pukul hingga kembang.ayak kedua dua tepung.masukkan garam dan kapur makan.batter tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.macam kita bancuh milo pekat. Api jangan terlalu panas sebab nanti permukaan kuih loyang jadi MENGERUTU DAN TAK LICIN. Selepas minyak dituang kedlm pe